Membuat Bunga Lavender Dari Kertas (Stem)

29 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Jun 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat Bunga Lavender dari Kertas. Kelas tersebut dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah.

Seterusnya, mereka diberi bimbingan untuk membuat bunga yang kemas dan cantik berdasarkan tunjuk ajar dari Youtube dan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar NADI Batang Maro. Dengan adanya bahan yang cukup lengkap, mereka dapat menghasilkan bunga lavender dengan lebih kemas dan sangat cantik seperti dalam youtube. Saya berharap agar para peserta dapat meningkatkan kemahiran mereka dengan kreativiti yang mereka ada. Oleh itu, stem sangat memberi impak yang berkesan dalam pembelajaran para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali